|
HADIS 3C |
فَرَجَعَ بِهَا
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُفُ فُؤَادُهُ فَدَخَلَ
عَلَى خَدِيجَةَ بِنْتِ خُوَيْلِدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، فَقَالَ: «زَمِّلُونِي
زَمِّلُونِي» فَزَمَّلُوهُ حَتَّى ذَهَبَ عَنْهُ الرَّوْعُ فَقَالَ لِخَدِيجَةَ
وَأَخْبَرَهَا الخَبَرَ: «لَقَدْ خَشِيتُ عَلَى نَفْسِي» فَقَالَتْ خَدِيجَةُ:
كَلَّا وَاللَّهِ مَا يُخْزِيكَ اللَّهُ أَبَدًا، إِنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ،
وَتَحْمِلُ الكَلَّ، وَتَكْسِبُ المَعْدُومَ، وَتَقْرِي الضَّيْفَ، وَتُعِينُ
عَلَى نَوَائِبِ الحَقِّ
|
PENJELASAN HADIS |
[1] setelah nabi berjumpa dengan Jibril secara yaqazah, nabi saw merasa ketakutan.
Nabi saw pulang berjumpa dengan Khadijah dan meminta agar Khadijah
selimutkannya.
[2] Semasa Nabi saw menyuruh agar Khadijah selimutkannya, Nabi menyebut زملوني—menggunakan kata jamak. Dengan ini, mungkin difahami bahawa semasa
nabi pulang itu, di rumah Khadijah turut ada orang lain—kemungkinan anak-anak
Nabi juga turut ada.
Apatah lagi, ketika itu antara
anak Nabi bernama ZAINAB (23SH-8H) yang kemungkinan ketika itu sudah berumur
belasan tahun. Begitujuga RUQAYYAH (20SH-2H), UMMU AL-KALTSUM (19SH-9H) dan
FATIMAH (18SH-11H).
[3] Dalam pada Nabi saw
bersedih itu, Baginda menyatakan bahawa baginda bimbang terhadap diri baginda
bahawa diganggu oleh syaitan dan sebagainya. Namun, ia dijelaskan oleh Khadijah
bahawa Baginda saw adalah seorang lelaki yang baik yang sudah pasti orang tidak
akan menghantar sihir kepada Nabi saw.
[4] Antara kebaikan nabi yang
Khadijah menyatakan bahawa tidak mungkin orang sihir Nabi adalah seperti berikut;
(a)
Buat hubungan Silaturahim
(b)
Jujur dalam tutur kata.
(c)
Menolong orang yang lemah.
(d)
Memberi bantuan kepada orang
yang ketiadaan apa-apa, seperti tiada makanan, barangan dan sebagainya.
(e)
Memuliakan tetamu.
(f)
Membela kebenaran.
|
PENGAJARAN |
[1] ISTERI MEMUJUK SUAMI
PERTAMA: Khadijah yang pandai memujuk suami yang sedang bersedih.
KEDUA: Ummu Salamah dalam sejarah Sulh al-Hudaibiyyah yang memberi
cadangan kepada Nabi saw untuk tahallul setelah dihalang dari masuk ke Mekah
untuk tunaikan haji.
KETIGA: Sofiyyah Binti Huyay yang digembirakan oleh Nabi saw kerana bapanya
adalah Huyay; seorang ketua yahudi Bani Nadhir yang melawan Nabi saw.
KEEMPAT: Aisyah yang terkenal dengan kebijaksanaan. Bertanya Nabi saw
dalam hal-hal kritikal, seperti Nabi saw tidak membaiki kaabah setelah menguasai
Mekah.
[2] DI ZAMAN JAHILIYYAH, SUDAH ADA KONSEP PERCAYA ALLAH.
Kisah Budail
bin Abi Maryam yang meninggalkan wasiat harta kepada dua orang Nasrani. Namun,
ada dari hart aitu sesuatu yang hilang sehinggakan keluarga Budail menuduh dua Nasrani
itu mencuri.
Dua Nasrani
itu menafikan tuduhan tersebut sehingga sampai kepada pengetahuan nabi. Dengan
itu, Allah menyuruh dua Nasrani itu bersumpah dengan nama Allah dengan turunnya
firman Allah dari Surah al-Maidah berikut;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا شَهَادَةُ بَيْنِكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ حِينَ الْوَصِيَّةِ اثْنَانِ ذَوَا عَدْلٍ مِنْكُمْ أَوْ آخَرَانِ مِنْ غَيْرِكُمْ إِنْ أَنْتُمْ ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَأَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةُ الْمَوْتِ تَحْبِسُونَهُمَا مِنْ بَعْدِ الصَّلَاةِ فَيُقْسِمَانِ بِاللَّهِ إِنِ ارْتَبْتُمْ لَا نَشْتَرِي بِهِ ثَمَنًا وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَى وَلَا نَكْتُمُ شَهَادَةَ اللَّهِ إِنَّا إِذًا لَمِنَ الْآثِمِينَ (106) – المائدة
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara
kamu hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu
disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain (yang
bukan seugama) dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu
ditimpa bencana sakit yang membawa maut. Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran
kedua saksi itu, hendaklah) kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang,
kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata:
"Demi Allah) kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu
harta benda, walaupun orang itu dari kaum kerabat, dan kami tidak
menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang
diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami
dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa" (Surah al-Maidah,
ayat 106)
[3] NABI TIDAK DISIHIR?
Terdapat perbincangan dalam kalangan ulama berkenaan apakah
nabi saw boleh disihir.
PERTAMA: NABI DISIHIRKAN
Al-Imam al-Bukhari ada meriwayatkan hadis berkenaan Nabi saw disihir
seperti berikut—daripada Aisyah berkata:
سُحِرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، حَتَّى كَانَ يُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ يَفْعَلُ الشَّيْءَ وَمَا يَفْعَلُهُ، حَتَّى كَانَ ذَاتَ يَوْمٍ دَعَا وَدَعَا، ثُمَّ قَالَ: " أَشَعَرْتِ أَنَّ اللَّهَ أَفْتَانِي فِيمَا فِيهِ شِفَائِي، أَتَانِي رَجُلاَنِ: فَقَعَدَ أَحَدُهُمَا عِنْدَ رَأْسِي وَالآخَرُ عِنْدَ رِجْلَيَّ، فَقَالَ أَحَدُهُمَا لِلْآخَرِ مَا وَجَعُ الرَّجُلِ؟ قَالَ: مَطْبُوبٌ، قَالَ: وَمَنْ طَبَّهُ؟ قَالَ لَبِيدُ بْنُ الأَعْصَمِ، قَالَ: فِيمَا ذَا، قَالَ: فِي مُشُطٍ وَمُشَاقَةٍ وَجُفِّ طَلْعَةٍ ذَكَرٍ، قَالَ فَأَيْنَ هُوَ؟ قَالَ: فِي بِئْرِ ذَرْوَانَ " فَخَرَجَ إِلَيْهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ رَجَعَ فَقَالَ لِعَائِشَةَ حِينَ رَجَعَ: «نَخْلُهَا كَأَنَّهُ رُءُوسُ الشَّيَاطِينِ» فَقُلْتُ اسْتَخْرَجْتَهُ؟ فَقَالَ: «لاَ، أَمَّا أَنَا فَقَدْ شَفَانِي اللَّهُ، وَخَشِيتُ أَنْ يُثِيرَ ذَلِكَ عَلَى النَّاسِ شَرًّا» ثُمَّ دُفِنَتِ البِئْرُ
Nabi saw telah disihir hingga terbayang oleh baginda seolah-olah berbuat
sesuatu padahal tidak. Hingga pada suatu hari baginda memanggil-manggil
kemudian berkata: "Apakah kamu menyedari bahawa Allah telah memutuskan
tentang kesembuhanku? Telah datang kepadaku dua orang; seorang darinya duduk
dekat kepalaku dan yang satu lagi duduk di dekat kakiku. Yang satu bertanya
kepada yang lainnya: "Sakit apa orang ini?". Yang lain menjawab:
"Kena sihir". Yang satu bertanya lagi: "Siapa yang
menyihirnya?". Yang lain menjawab, "Labid bin Al-A'sham". Yang
satu bertanya lagi: "Dengan cara apa?". Dijawab: "Dengan cara melalui
sikat rambut, rambut yang tersisa saat disisir dan putik kembang kurma
jantan". Yang satu bertanya lagi, "Sekarang sihir itu diletakkan
dimana?". Yang lain menjawab, "Di telaga Zarwan".
Maka Nabi saw pergi mendatangi tempat tersebut kemudian kembali dan berkata
kepada 'Aisyah setelah kembali: "Putik kurmanya bagaikan kepala-kepala syaitan".
Aku (Aisyah) bertanya: "Apakah telah kamu keluarkan?". Baginda
berkata, "Tidak, kerana Allah telah menyembuhkan aku. Namun aku khawatir
bekasnya itu dapat mempengaruhi manusia maka telaga itu aku kambuskan”
(al-Bukhari, hadis no: 3268)
KEDUA: NABI TIDAK DISIHIR
Jika dianggap nabi disihir, maka ia bercanggah dengan hujah berikut;
Pertama: al-Quran menyatakan, orang kafir menuduh Nabi saw adalah lelaki
yang disihir. Jika dikatakan nabi disihir, sudah pasti membenarkan propaganda Quraish.
Firman Allah:
وَقَالَ
الظَّالِمُونَ إِنْ تَتَّبِعُونَ إِلَّا رَجُلًا مَسْحُورًا (8) – الفرقان
Berkata orang zalim: tidaklah kamu (sahabat nabi) kecuali lelaki yang
telah disihir” (Surah al-Furqan, ayat 8)
Kedua: Syaitan tidak berani berselisih jalan dengan Nabi.
Dalam hadis—daripada Sa’ad bin Abi Waqas berkata bahawa Nabi saw berkata
kepada Umar bin al-Khattab:
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، مَا لَقِيَكَ الشَّيْطَانُ
قَطُّ سَالِكًا فَجًّا إِلَّا سَلَكَ فَجًّا غَيْرَ فَجِّكَ
“Demi nyawaku berada di tanganNya, syaitan tidak akan melalui satu
laluan kecuali melalui laluan yang bukan laluan kamu” (al-Bukhari, hadis no: 3294)
Jika benar Nabi boleh disihir, sudah pasti digambarkan bahawa Saidina
Umar lebih hebat berbanding Nabi. Hal ini kerana, sihir melibatkan syaitan yang
nabi boleh disentuh sihir, sedangkan Saidina Umar pula; masakan disentuh
syaitan, berselisih laluan pun syaitan sudah elak.
No comments:
Post a Comment