|
HADIS
3A |
حَدَّثَنَا
يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ عُقَيْلٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ المُؤْمِنِينَ
أَنَّهَا قَالَتْ: أَوَّلُ مَا
بُدِئَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الوَحْيِ
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ فِي النَّوْمِ، فَكَانَ لاَ يَرَى رُؤْيَا إِلَّا جَاءَتْ
مِثْلَ فَلَقِ الصُّبْحِ، ثُمَّ حُبِّبَ إِلَيْهِ الخَلاَءُ، وَكَانَ يَخْلُو
بِغَارِ حِرَاءٍ فَيَتَحَنَّثُ فِيهِ - وَهُوَ التَّعَبُّدُ - اللَّيَالِيَ
ذَوَاتِ العَدَدِ قَبْلَ أَنْ يَنْزِعَ إِلَى أَهْلِهِ، وَيَتَزَوَّدُ لِذَلِكَ،
ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى خَدِيجَةَ فَيَتَزَوَّدُ لِمِثْلِهَا، حَتَّى جَاءَهُ
الحَقُّ وَهُوَ فِي غَارِ حِرَاءٍ
Daripada Aisyah -Ibu kaum mukminin, bahawasanya dia
berkata: Permulaaan wahyu yang datang kepada Rasulullah saw adalah dengan mimpi
yang nyata dalam tidur. Dan tidaklah baginda bermimpi kecuali datang seperti
cahaya Subuh. Kemudian baginda berkeinginan untuk menyendiri, lalu baginda
memilih gua Hiro dan bertahannuts iaitu ibadah di malam hari dalam beberapa
waktu. Sebelum berenggang diri dari keluarga, baginda mempersiapkan bekal untuk
bertahannuts kembali. Beberapa waktu setelahnya baginda menemui Khadijah lagi
mempersiapkan bekal seperti sebelumnya. Sampai akhirnya datanglah suatu yang haq
kepada baginda saat berada di gua Hiro.
|
PENJELASAN HADIS |
[1] Hadis ini, turut diulang sebut oleh al-Bukhari
secara ringkas di hadis no: 4955 yang kandungan matannya adalah seperti
berikut;
أَوَّلُ مَا
بُدِئَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ،
فَجَاءَهُ المَلَكُ فَقَالَ: {اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ، خَلَقَ
الإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأَكْرَمُ} [العلق: 2]
Begitujuga dalam hadis no: 6982 dengan sedikit
perbezaan matan serta dibawakan sanad berikut;
حَدَّثَنَا
يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ عُقَيْلٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ،
ح وحَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ،
حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ: قَالَ الزُّهْرِيُّ: فَأَخْبَرَنِي عُرْوَةُ، عَنْ عَائِشَةَ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
[2] hadis ini menjelaskan berkenaan sejarah permulaan wahyu sampai kepada Nabi.
Ia diceritakan oleh Aisyah.
Sepertimana diketahui bahawa Aisyah
berkahwin dengan nabi pada tahun ke-2 hijrah yang sudah pasti, di awal Nabi saw
terima wahyu, Aisyah belum berjumpa dengan nabi lagi. Justeru, hadis ini boleh
dilihat pada dua kemungkinan;
PERTAMA: dianggap sebagai MURSAL SAHABI.
KEDUA: Kemungkinan AISYAH dengar dari NABI SAW sendiri (Mawsul).
[3]
Dalam penceritaan AISYAH ini, diberitahu bahawa sebelum Nabi saw berjumpa
dengan Jibril, Nabi sudah menerima wahyu, iaitu melalui mimpi, iaitu ketika
waktu yang hampir dengan subuh.
[4]
Digambarkan juga bahawa selepas itu, nabi saw sudah mula selesa untuk bersuluk dan
menyendiri. Makanya, Nabi saw memilih gua Hira’ tempat baginda beribadat.
[5]
Diceritakan juga bahawa semasa nabi saw mahu beribadat di Gua Hira’, nabi
sering kali berulang alik pulang melihat keluarga serta mengambil berbekal. Kejadian
itu berlanjutan sehinggalah datang Jibril menyampaikan wahyu kepada baginda.
|
HUBUNGAN HADIS |
Hadis pertama, disebut berkenaan niat. Hadis ke-2,
dijelaskan bahawa cara Nabi saw dapat wahyu.
Dalam hadis ke-3 ini pula, dijelaskan Nabi saw mendapat wahyu melalui
mimpi.
Seakan-akan al-Imam al-Bukhari mahu nyatakan, orang
yang layak dapat wahyu adalah hatinya bersih (niatnya elok). Apabila hati
bersih, pasti akan dapat mimpi yang baik. Nisbah bagi nabi, mimpi itu adalah
wahyu.
|
PENGAJARAN |
[1] DAPAT WAHYU SEBELUM JUMPA JIBRIL
Hadis ini dijelaskan bahawa sebelum Nabi saw berjumpa
dengan Jibril, nabi saw sudah mendapat wahyu dari Allah melalui mimpi.
[2] MIMPI NABI ADALAH WAHYU
Mimpi para Nabi adalah wahyu,
sedangkan selepas Nabi, tidak ada lagi wahyu.
[3] MIMPI ORANG SELAIN NABI
Mimpi syaitan dan mimpi soleh—daripada Abu Qatadah
berkata bahawa nabi saw bersabda:
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ
مِنَ اللَّهِ، وَالحُلُمُ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا
يَخَافُهُ فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ، وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا،
فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ
“Mimpi yang baik dari Allah. Mengigau daripada syaitan. Apabila
seseorang kamu mengigau yang kandungan mimpinya menakutkan, maka hendaklah dia
ludah di bahagian kirinya, dan dia minta berlindung dengan Allah dari kejahatan
kandungan mimpi itu. Itu dapat hindari dari memudharatkannya” (al-Bukhari,
hadis no: 3292)
Dalam riwayat muslim, ada hadis yang sama, tetapi ada sedikit penambahan,
bahawa mimpi yang buruk itu jangan diceritakan kepada orang. Jika mimpi yang baik,
itu jangan diceritakan kecuali kepada orang yang kita sayang sahaja—daripada Abu
Qatadah berkata bahawa nabi saw bersabda:
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ
مِنَ اللهِ، وَالرُّؤْيَا السَّوْءُ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَمَنْ رَأَى رُؤْيَا
فَكَرِهَ مِنْهَا شَيْئًا فَلْيَنْفُثْ عَنْ يَسَارِهِ، وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ
مِنَ الشَّيْطَانِ، لَا تَضُرُّهُ وَلَا يُخْبِرْ بِهَا أَحَدًا، فَإِنْ رَأَى
رُؤْيَا حَسَنَةً، فَلْيُبْشِرْ وَلَا يُخْبِرْ إِلَّا مَنْ يُحِبُّ – مسلم, 2261
Mimpi orang soleh, salah satu dari 46 juzuk kenabian—daripada Abu Sa’id
al-Khudri berkata bahawa nabi saw berkata:
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ
جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ
“Mimpi
yang baik adalah satu satu juzuk dari 46 juzuk-juzuk dari kenabian”
(al-Bukhari, hadis no: 6989)
Mimpi orang soleh sebagai khabar gembira dari Allah—daripada
Abu Hurairah berkata bahawa nabi saw bersabda:
«لَمْ
يَبْقَ مِنَ النُّبُوَّةِ إِلَّا المُبَشِّرَاتُ» قَالُوا: وَمَا المُبَشِّرَاتُ؟
قَالَ: «الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ»
“tidak kekal dari kenabian kecuali khabar gembira. Sahabat bertanya: apa
khabar gembira itu. Jawab nabi: mimpi yang baik” (al-Bukhari, hadis no: 6990(
Hadis ini hampir sama dengan hadis riwayat Muslim berikut—daripada Ibn Abbas
berkata:
كَشَفَ رَسُولُ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السِّتَارَةَ وَالنَّاسُ صُفُوفٌ خَلْفَ
أَبِي بَكْرٍ، فَقَالَ: «أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّهُ لَمْ يَبْقَ مِنْ
مُبَشِّرَاتِ النُّبُوَّةِ إِلَّا الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ، يَرَاهَا الْمُسْلِمُ،
أَوْ تُرَى لَهُ، أَلَا وَإِنِّي نُهِيتُ أَنْ أَقْرَأَ الْقُرْآنَ رَاكِعًا أَوْ
سَاجِدًا، فَأَمَّا الرُّكُوعُ فَعَظِّمُوا فِيهِ الرَّبَّ عَزَّ وَجَلَّ،
وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا فِي الدُّعَاءِ، فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ
لَكُمْ»
“Nabi saw menyelak tirai yang ketika itu orang ramai berada
dalam saf di belakang Abu Bakar. Nabi berkata: Wahai Manusia, sesungguhnya
tidak kekal dari khabar gembira kenabian kecuali mimpi yang baik yang yang
orang islam nampak ataupun diperlihatkan. Ketahuilah bahawa aku dilarang dari
membaca al-Quran semasa rukuk atau sujud. Adapun rukuk, hendaklah kamu
membesarkan Allah. Adapun sujud, berusahalah dalam doa, semoga ia dimustajabkan”
(Muslim, hadis no: 479)
[3] NABI BERJUMPA DENGAN JIBRIL, SETELAH DIA SEMAKIN JAUH DARI
MASYARAKAT MAKSIAT
[4] NABI SEDIAKAN BEKAL UNTUK BERIBADAT
No comments:
Post a Comment