Wednesday, August 17, 2022

HADIS 6

 

HADIS 6

 

حَدَّثَنَا عَبْدَانُ، قَالَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ: أَخْبَرَنَا يُونُسُ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، ح وحَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُاللَّهِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا يُونُسُ، وَمَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، نَحْوَهُ قَالَ: أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ المُرْسَلَةِ»

Daripada Ibnu Abbas berkata, bahawa Rasulullah saw adalah manusia yang paling baik terutama pada bulan Ramadan. Ketika malaikat Jibril menemui baginda, dan adalah Jibril mendatangi baginda setiap malam di bulan Ramadan, dimana Jibril mengajarkan Al-Qur'an. Sungguh Rasulullah saw jauh lebih baik (lembut) daripada angin yang berhembus”

  

PENJELASAN SANAD

 

[1] Hadis ini, AL-BUKHARI ambil dari dua orang guru:

(a)                  Abdan

(b)                  Bisyr bin Muhammad

 

[2] Dalam sanad ini, yang ambil hadis dari al-Zuhri adalah dua orang:

a.                  Yunus.

b.                  Ma’mar.

 

Ibn Hajar al-Asqalani kata, perbezaan antara dua ini adalah Yunus riwayatkan hadis ini secara lafaz, sedangkan Ma’mar riwayatkan secara makna.

 

PENJELASAN MATAN HADIS

 

[1] Hadis ini menjelaskan berkenaan sikap dan cara Nabi saw berkomunikasi dengan manusia. Komunikasi itu yang amat baik sehingga Ibn Abbas gambarkan sepertimana tiupan angin untuk menggambarkan kelembutan dan kesopanan nabi dalam berkomunikasi.  Turut dijelaskan cara komunikasi Nabi dengan Jibril.

 

[2] Dijelaskan juga bahawa Nabi saw di bulan Ramadan selalu bertadarus al-Quran bersama Jibril, bahkan pada setiap malam.

 

[3] Hadis ini adalah penilaian yang dibuat oleh Ibn Abbas yang bergaul dan berkomunikasi dengan Nabi saw.

 

Ibn Abbas bergaul dengan Nabi tidak lama, iaitu selama lebih kurang 3 tahun sahaja. Hal ini kerana, dia memeluk islam pada tahun 7 hijrah dan berpindah dari mekah ke Madinah pada tahun 8 hijrah, sedangkan nabi wafat pada tahun 11 hijrah.

 

Walaubagaimana pun, Ibn Abbas ada memberitahu bahawa Rasulullah bertadarus al-Quran dengan Jibril. Persoalannya, bagaimana dia boleh tahu?

 

Dengan ini, kemungkinan penilaian dia tersebut bercampur antara pengalaman dia bergaul dengan nabi serta dia diberitahu oleh Nabi berkenaan nabi berkomunikasi dengan Jibril itu.

 

Oleh yang demikian, hadis ini boleh dianggap sebagai hadis marfu’ secara lafaz, tetapi mawquf secara makna.

 

PENGAJARAN

 

[1] BERSIKAP KEPEMURAHAN

 

Dalam matan, digunakan perkataan الجود yang sama akar kata bagi perkataan جيد, iaitu baik dan bagus atau kepemurahan. Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, ia salah satu dari sifat-sifat mahmudah.

 

Dari sudut makna, Ibn hajar kata:

 

الْجُودُ فِي الشَّرْعِ إِعْطَاءُ مَا يَنْبَغِي لِمَنْ يَنْبَغِي

“bagus dalam makna syarak adalah memberikan sesuatu yang sepatutnya kepada orang yang selayaknya”

 

Justeru, boleh disimpulkan bahawa makna الجود diterjemah sebagai bagus, yang boleh juga diterjemah sebagai kepemurahan. Dari sudut makna, kepemurahan dalam perkataan الجود adalah;

(a)                             Memberi sesuatu yang tidak berharapkan kepada balasan.

(b)                             Memberi keperluan kepada orang yang memerlukan sehingga cukup dengan keperluannya, bahkan kadangkala melebihi daripada kadar keperluan. (Asri:1/167)

 

[2] KELEBIHAN BERTINDAK KEPEMURAHAN

 

Dalam hadis—daripada Talhah bin Abdillah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

 

«إِنَّ اللَّهَ جَوَادٌ يُحِبُّ الْجَوَادَ، وَيُحِبُّ مَعَالِيَ الْأَخْلَاقِ وَيَكْرَهُ سَفْسَافَهَا»

“Allah swt itu amat baik, dan dia suka kepada orang bagus. Allah suka orang yang ada ketinggian akhlak dan benci kerendahan akhlak” (ibn Abi Syaibah, hadis no: 26617[1])

 

Dalam hadis—daripada Anas berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

 

"أَلَا أُخْبِرُكُمْ عَنِ الْأَجْوَدِ الْأَجْوَدِ؟: اللَّهُ الْأَجْوَدُ الْأَجْوَدُ، وَأَنَا أَجْوَدُ وَلَدِ آدَمَ ، وَأَجْوَدُهُمْ مِنْ بَعْدِي رَجُلٌ عَلِمَ عِلْمًا فَنَشَرَ عِلْمَهُ يُبْعَثُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمَةً وَاحِدَةً، وَرَجُلٌ جَادَ بِنَفْسِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَتَّى يُقْتَلَ"

Apakah mahu aku bagitahu kepada kamu berkenaan sebaik-baik amalan yang bagus? Allah adalah sebaik-baik bagus, dan aku adalah manusia yang paling baik dari kalangan anak adam. Orang yang paling baik selepasku adalah lelaki yang ada ilmu, lalu dia sebarkan ilmunya—dia akan dibangkitkan hari kiamat nanti sebagai satu umat; begitujuga orang yang baik pada dirinya di jalan Allah sehingga dia dibunuh” (Musnad Abi Ya’la al-Musili, hadis no: 2790[2])

 

[3] KENAPA NABI GANDAKAN KEPEMURAHAN BULAN RAMADAN

 

Kepemurahan nabi semakin bertambah pada bulan Ramadhan kerana;

 

(a)                            Pada bulan Ramadhan, Allah bersifat murah dengan melipatgandakan pahala kepada orang yang beribadat pada bulan tersebut.

 

(b)                            nabi bersyukur kerana kerap berjumpa dengan jibril.

 

(c)                             al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan. Justeru, bersempena dengan bulan Al-Quran, nabi menambahkan amal ibadat yang diajar oleh Al-Quran.

 

[4] BANYAKKAN TADARUS AL-QURAN DAN BERZIKIR

 

Bulan Ramadan diturunkan al-Quran. Dengan sebab itu, tadarus al-Quran berlaku dalam bulan Ramadan, kerana ia lebih selaras dan keseragaman dengan masa.

 

Dalam erti kata lain, Nabi saw melakukan tindakan tadarus al-Quran bersama Jibril di bulan Ramadan itu adalah sesuatu yang tepat dengan konteksnya.

 

Apatah lagi, tujuan tadarus al-Quran adalah boleh perbetulkan TAJWID; untuk memastikan setiap bacaan kita benar dan tepat.

 

[5] BANYAK BERZIKIR

 

Zikir bermaksud mengingati Allah. Andai Nabi saw banyak tadarus al-Quran di bulan Ramadan, bermakna di bulan Ramadan adalah amat digalakkan berzikir.

 

Hal ini kerana, al-Quran adalah sebaik-baik zikir. Kata ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari:

 

وَاسْتِحْبَابُ الْإِكْثَارِ مِنَ الْقِرَاءَةِ فِي رَمَضَانَ وَكَوْنُهَا أَفْضَلَ مِنْ سَائِرِ الْأَذْكَارِ

“Digalakkan perbanyakkan membaca al-Quran dalam Ramadan. Membaca al-Quran itu adalah seafdhal-afdhal zikir berbanding seluruh zikir”

 

[6] AL-QURAN ADALAH ZIKIR YANG TERBAIK

 

Dalam hadis, dijelaskan bahawa Jibril turun kepada Nabi dan membaca al-Quran.

 

Dalam pada Ibn Hajar kata, al-Quran itu adalah zikir, dan hadis pula menjelaskan bahawa Jibril turun tadarus al-Quran dengan nabi; ia menjadi dalil bahawa zikir yang terbaik adalah al-Quran

 

[7] KELEBIHAN MALAM BERBANDING SIANG

 

Dalam hadis, dijelaskan bahawa Jibril turun bertadarus al-Quran bersama nabi pada waktu malam. Hal ini kerana, waktu malam mempunyai kelebihannya tersendiri.

 

(a)                Nabi Isra’ dan Mikraj pada waktu malam.

 

(b)                Dalam hadis bahawa Nabi saw menyebut jalan ke syurga adalah solat di kala orang tidur yang sinonim pada waktu malam. Dalam hadis—daripada Abdullah bin Salam berkata:

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَلَامٍ، قَالَ: لَمَّا قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المَدِينَةَ انْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ، وَقِيلَ: قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ، فَلَمَّا اسْتَبَنْتُ وَجْهَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهِ كَذَّابٍ وَكَانَ أَوَّلُ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ: «يَا أَيُّهَا النَّاسُ، أَفْشُوا السَّلَامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُونَ الجَنَّةَ بِسَلَامٍ»

Ketika Nabi saw sampai Madinah, manusia berkerumun kepada Baginda. (ada kata: orang datang nak melihat Nabi). Ketika aku nampak secara jelas wajah nabi, aku tahu bahawa wajahnya bukan wajah seorang pendusta. Perkara pertama yang baginda bercakap: Wahai Manusia, sebarkan salah, buatlah makan, hubungkan silatu Rahim dan solatlah ketika manusia sedang tidur; kamu akan masuk syurga dengan sejahtera.

 

(c)                Ibn Rajab al-Hanbali ada sebut bahawa ulamak-ulamak kufah, mereka selalu berbincangkan hal ilmu pada waktu malam sehingga subuh

 

[8] GALAKKAN BULAN RAMADAN BERGAUL DENGAN ORANG SOLEH DAN AHLI KEBAIKAN

 

Hadis ini menyebut bahawa nabi saw bertadarus dengan Jibril di bulan Ramadan pada setiap malam.

 

Secara tersirat, hadis ini mengandungi maksud bahawa digalakan kepada kita bergaul dengan orang soleh dan ahli kebaikan dalam bulan Ramadan.

 

[9] HIKMAH NABI TADARUS QURAN DENGAN JIBRIL

 

Nabi saw bertadarus al-Quran bersama Jibril, antara hikmah yang boleh diambil adalah;

 

(a)                      Nabi dapat belajar dengan jibril cara membaca Al Quran dengan betul.

 

(b)                      Nabi dapat mengetahui tertib ayat al-quran, kerana al-quran diturunkan peringkat demi peringkat dan tidak mengikut tertib yang terdapat seperti di dalam mashaf.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

JALUR SANAD DARI GURU IMAM AL-BUKHARI PERTAMA:

 

[6] ABDAN ABDULLAH BIN OSMAN AL-MARUZI (145H-221H)

عَبْدَانُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُثْمَانَ الْمَرْوَزِيُّ

 

Nama sebenarnya adalah ABU ABDUL RAHMAN ABDULLAH BIN OSMAN BIN JABLAH BIN ABI RAWWAD AL-AZDI AL-‘ITQI AL-MARUZI. Namun, dia lebih dikenali dengan panggilan ‘ABDAN.

 

Dia pernah menjawat jawatan Qadhi di Jurjan (salah satu tempat di Afghanistan).

 

Dia adalah Rijal al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi dan al-nasaie. Namanya tidak dijumpai dalam riwayat Ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

[5] ABDULLAH BIN AL-MUBARAK BIN WADIH AL-HANZALI AL-MARUZI (118H-181H)

عبد الله ابْنِ الْمُبَارَكِ بن واضح الحنظلي المروزي

 

 

Seorang ulama terkenal dalam banyak tradisi ilmu, terutama dalam bidang ilmu hadis.

 

Dia berasal dari Kota Moro yang kini berada dalam wilayah Turkmenistan, dan meninggal di Hit, Iraq.

 

Menurut Abdul Rahman bin Abi Hatim:

 

سمعت أبي يقول: كان ابن المبارك ربع الدنيا بالرحلة في طلب الحديث، لم يدع اليمن ولا مصر ولا الشام ولا الجزيرة والبصرة ولا الكوفة

Aku dengar bapaku berkata: Ibn al-Mubarak mencari ilmu sehingga menjelajah satu perempat dunia. Dia tidak tinggal yaman, mesir, syam, jazirah, basrah dan kufah

 

 Dia adalah murid kepada Imam Abu Hanifah dan imam Malik serta Rijal kutub al-Sittah. Dia seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[4] YUNUS BIN YAZID BIN BIN MISYKAN BIN ABI AL-NAJAD AL-AYLI ABU YAZID AL-UMAWI (159H)

  يُونُسُ بن يزيد بن مشكان بن ابي النجاد الأيلي ابو يزيد الأموي

 

Ulama mesir ini adalah orang yang banyak meriwayatkan hadis dari IBN SYIHAB AL-ZUHRI. Dia adalah seorang tabiiin besar yang tinggal di AILAH, Jordan dan meninggal dunia di Mesir.

 

Secara dasar, ramai ulama memuji dia dan menganggap dia siqah dan sahih serta boleh dibuat hujah.

 

Namun, ada beberapa kritikan terhadapnya, iaitu Ahmad bin Hanbal pernah menyatakan bahawa dia banyak buat silap dalam riwayat hadis yang dia ambil dari al-Zuhri, bahkan ada ketika Imam Ahmad kata dia Mungkar.

 

Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia ada sedikit waham apabila dia riwayat dari al-Zuhri. Tetapi, jika dia riwayatkan hadis dari selain Zuhri, itu berlaku kesalahan.

 

Dalam pada Ahmad bin Hanbal dan al-Asqalani kritik, tetapi mereka tetap akui bahawa dia siqah.

 

Walaubagaimana pun, Imam Waki’ bin al-Jarrah menyatakan bahawa hafalannya buruk. Hal ini diakui juga oleh Ibn Hajar al-Asqalani.

 

Dia adalah rijal kutub al-Sittah.

 

[3] MUHAMMAD BIN MUSLIM BIN UBAIDILLAH BIN ABDILLAH AL-AKBAR BIN SYIHAB AL-QURASHI AL-ZUHRI (53H-124H)

محمد بن مسلم بن عبيد الله بن عبد الله الأكبر بن شهاب القرشي الزُّهْرِيِّ

 

Salah seorang ulama hadis yang terkenal dalam kitab-kitab hadis. Beliau merupakan rijal kutub al-Sittah.

 

Dalam kitab-kitab hadis, kadangkala disebut dengan Ibn Syihab dan kadangkala disebut dengan al-Zuhri.

 

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani bahawa beliau adalah ulama yang mula-mula sekali menghimpunkan hadis atas perintah dari Umar bin Abdul Aziz. Al-Imam al-Sayuti menyatakan bahawa Imam Malik juga mengakui perkara yang sama.

 

Ulama Tarikh berbeza pendapat dalam hal Tarikh lahir dan Tarikh meninggal Ibn Syihab ini. Ada yang mengatakan bahawa dia lahir tahun 49H dan meninggal pada tahun 124 hijrah.

 

Ada pendapat menjelaskan, untuk mengetahui ketepatan Tarikh lahirnya adalah melihat Tarikh kematian Saidatina Aisyah; yang mana, dia dilahirkan di tahun Aisyah meninggal dunia.

 

Dia dilahirkan di Madinah dan meninggal dunia di Syaghab, iaitu satu kawasan dalam Saudi pada hari ini. Dia pernah sampai ke Syam.

 

Dia pernah berkata bahawa dia belajar dengan Sa’id bin Musayyib selama 8 tahun dengan bertemu lutut dan lutut.

 

Dia terkenal dengan hafalan dan ingatan yang kuat. Ada dakwaan mengatakan bahawa dia tidak suka makan epal dan amat suka minum madu dengan alasan epal boleh melemahkan hafalan sedangkan madu dapat menguatkan hafalan.

 

JALUR SANAD DARI GURU IMAM AL-BUKHARI KE-2:

 

[6] BISYR BIN MUHAMMAD (224H)

بِشْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ

 

Namanya adalah ABU MUHAMMAD BISYR BIN MUHAMMAD AL-SAKHTIYANI AL-MARUZI.

 

Digelar sebagai SAKHTIYANI kerana kerjanya adalah menjual barang kulit.

 

Abu hatim kata, dia seorang penganut fahaman Murjiah. Al-Asqalani pula kata, dia soduq serta  dituduh sebagai Murjiah.

 

Namanya hanya ada dalam sahih al-Bukhari sahaja. Dalam sunan lain tidak terdapat namanya.

 

[5] ABDULLAH BIN AL-MUBARAK

عَبْدُ اللَّهِ بن الْمُبَارك

 

Rujuk di atas

 

[4] YUNUS BIN YAZID AL-AYLIY

 يُونُسُ بن يَزِيدَ الْأَيْلِيُّ

 

Rujuk di atas.

 

[4] MA’MAR BIN RASHID AL-AZDI (95H-153H)

أَبُو عُرْوَةَ مَعْمَرٌ بن راشد الأزدي

 

 

Dia dilahirkan di Basrah dan berhijrah ke San’a, Yaman dan berkahwin dengan perempuan Yaman bernama Halimah dan meninggal dunia di situ.

 

Dia hadir semasa al-Hasan al-basri meninggal dunia. Dikatakan, itulah titik permulaan kesedaran dia mahu belajar agama. Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[3] AL-ZUHRI

الزُّهْرِيِّ

 

Rujuk di atas

 

[2] UBAIDULLAH BIN ABDILLAH BIN UTBAH BIN MAS’UD AL-HAZLI (98H)

عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ الهذلي

 

Ulama Madinah ini salah seorang dari kalangan Tabiin dan guru kepada Umar bin Abdul Aziz. Dia adalah adik beradik kepada seorang lagi ulama hadis yang bernama AUN BIN ABDULLAH BIN UTBAH.

 

Atuknya bernama UTBAH BIN MAS’UD adalah sahabat nabi yang merupakan ketua bagi Bani Zahrah. Atuknya ini adalah adik beradik dengan ABDULLAH BIN MAS’UD yang merupakan sahabat Nabi yang terkenal.

 

Dia salah seorang dari kalangan al-Fuqaha’ al-Sab’ah (tujuh orang ahli fiqh Madinah yang menjadi rujukan pada Tabiin).

 

Dia meninggal pada tahun 98 hijrah (ada kata: 99H). Sebelum dia meninggal, dia ditimpa sakit mata sehingga hilang penglihatannya.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[1] SAHABAT: ABDULLAH BIN ABBAS (3SH-68H)

عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ

 

Salah seorang sahabat Nabi yang terkenal, iaitu Abdullah bin Abbas atau sering diringkaskan dengan disebut Ibn Abbas.

 

Beliau adalah sepupu Nabi saw, iaitu bapanya adalah bapa saudara nabi saw yang bernama al-Abbas bin Abdul Muttalib.

 

Beliau dilahirkan di Mekah 3 tahun sebelum Nabi Hijrah ke Madinah.

 

Dia memeluk islam ketika dalam lingkungan tahun 7 hingga 8 hijrah, iaitu ketika hampir dengan sejarah pembukaan kota Mekah yang semasa sejarah itu tercetus, dia berada di Mekah.

 

Tidak lama dari itu, dia berhijrah ke Madinah bersama dengan bapanya.

 

Semasa perang Jamal (36H) dan Siffin (37H), dia bersama Saidina Ali.

 

Dia meninggal dunia pada tahun 68H di Taif.

 

Beliau terkenal dengan pakar dalam bidang Fiqh, Tafsir, Firasat dan petah dalam berdebat ekoran keberkatan Doa nabi saw kepadanya. Dalam hadis—daripada Ibn Abbas berkata:

 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: كُنْتُ فِي بَيْتِ مَيْمُونَةَ ابْنَةِ الْحَارِثِ فَوَضَعْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَهُورَهُ فَقَالَ: «مَنْ وَضَعَ هَذَا؟» ، فَقَالَتْ مَيْمُونَةُ: عَبْدُ اللَّهِ، فَقَالَ: اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ

“Aku berada di rumah Maimunah binti al-Haris (ibu saudaranya yang juga isteri nabi). Aku letakkan satu bekas air untuk Rasulullah bersuci. Nabi saw bertanya: siapa yang meletakkan ini? Maimunah menjawab: Abdullah (ibn Abbas). Nabi pun berdoa: Ya Allah, berilah kefahaman mendalam kepada dia (Ibn Abbas) berkenaan agama, dan ajarkanlah kepadanya ta’wil” (Ibn Abi Syaibah, hadis no: 32223)

 



[1] Sanad hadis:

حَدَّثَنَا أَبُو خَالِدٍ الْأَحْمَرُ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ سُحَيْمٍ، عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ كَرِيزٍ

KOMENTAR: menurut al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman:  hadis ini munqati’, kerana tidak bertemu antara SULAIMAN dan TALHAH. (hadis no: 10346(

[2] Sanad hadis:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الشَّامِيُّ الْعَبَّادَانِيُّ، حَدَّثَنَا سُوَيْدُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ، عَنْ نُوحِ بْنِ ذَكْوَانَ، عَنْ أَخِيهِ أَيُّوبَ، عَنِ الْحَسَنِ، عَنْ أَنَسٍ

KOMENTAR: perawi hadis ini banyak yang doif.

No comments:

Post a Comment

HADIS 6

  HADIS 6   حَدَّثَنَا عَبْدَانُ ، قَالَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ: أَخْبَرَنَا يُونُسُ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، ح و...