|
HADIS 5 |
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ قَالَ: حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ أَبِي عَائِشَةَ قَالَ:
حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ جُبَيْر
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ فِي قَوْلِهِ تَعَالَى: {لاَ تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ}
[القيامة: 16]
Daripada Ibn Abbas berkenaan firman Allah: Janganlah
engkau (wahai Muhammad), menggerakkan lidahmu membacanya kerana gopoh dengannya
(al-Quran)”
قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَالِجُ مِنَ التَّنْزِيلِ شِدَّةً، وَكَانَ
مِمَّا يُحَرِّكُ شَفَتَيْهِ –
Berkata Ibnu 'Abbas: Rasulullah saw sangat kuat
keinginannya untuk menghafalkan apa yang diturunkan (Al-Quran). Baginda selalu
menggerak-gerakkan kedua bibir baginda.
فَقَالَ ابْنُ
عَبَّاسٍ: فَأَنَا أُحَرِّكُهُمَا لَكُمْ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَرِّكُهُمَا
Berkata Ibnu Abbas: "Aku akan menggerakkan kedua
bibirku (untuk membaca) kepada kamu sebagaimana Rasulullah saw menggerakkan
kedua-duanya (bibir)”.
وَقَالَ
سَعِيدٌ: أَنَا أُحَرِّكُهُمَا كَمَا رَأَيْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ يُحَرِّكُهُمَا
Berkata Sa'id: "Dan aku akan menggerakkan kedua
bibirku (untuk membacanya) kepada kamu sebagaimana aku melihat Ibnu Abbas menggerakkan
kedua-duanya (bibir).
فَحَرَّكَ
شَفَتَيْهِ - فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى: {لاَ تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ
لِتَعْجَلَ بِهِ إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ} [القيامة: 17] قَالَ:
جَمْعُهُ لَكَ فِي صَدْرِكَ وَتَقْرَأَهُ:
Nabi saw pun menggerakkan kedua bibirnya, Kemudian
turunlah firman Allah Ta'ala: Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca)
Al-Quran kerana gopoh dengannya (menguasai al-Quran). Sesungguhnya atas
tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai)
membacanya". Berkata: Maksudnya Allah mengumpulkannya di dalam dadamu
(untuk dihafalkan) dan kamu membacanya”.
{فَإِذَا
قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ} [القيامة: 18] قَالَ: فَاسْتَمِعْ لَهُ
وَأَنْصِتْ: {ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ} [القيامة: 19] ثُمَّ إِنَّ
عَلَيْنَا أَنْ تَقْرَأَهُ
(Firman Allah)
"Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya
itu". Berkata: maksudnya, "Dengarkanlah dan diamlah".
{ثُمَّ إِنَّ
عَلَيْنَا بَيَانَهُ} [القيامة: 19] ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا أَنْ تَقْرَأَهُ
(firman Allah): "Kemudian, sesungguhnya atas
tanggungan Kamilah penjelasannya. Berkata: maksudnya, "Dan kewajiban
Kamilah untuk kamu membacakannya"
فَكَانَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ ذَلِكَ إِذَا أَتَاهُ جِبْرِيلُ
اسْتَمَعَ فَإِذَا انْطَلَقَ جِبْرِيلُ قَرَأَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ كَمَا قَرَأَهُ
Rasulullah sejak saat itu, apabila Jibril datang,
baginda akan mengambil perhatian. Apabila Jibril sudah pergi, maka Nabi saw
membacakannya (kepada para sahabat) sebagaimana Jibril membacakannya kepada
baginda.
|
PENJELASAN
MATAN |
[1] Surah al-Qiyamah diturunkan di Mekah, sedangkan
Ibn Abbas masuk Islam pada tahun 7 hingga 8 Hijrah, dan dilahirkan pada tahun 3
hijrah. Dari ini dapat didapati, tidak munasabah bahawa Ibn Abbas melihat
sendiri kejadian sepertimana yang diceritakan dalam hadis.
Justeru, kisah ini ada dua kemungkinan berikut;
A.
Mungkin Ibn Abbas dengar cerita ini dari Nabi selepas
dia berhijrah ke Madinah.
B.
Mungkin juga hadis ini adalah MURSAL SAHABI, iaitu Ibn
Abbas mendengar dari mana-mana sahabat Nabi yang ada pada ketika itu.
[2] Menurut al-Hasan, di awal al-Quran diturunkan kepada Nabi,
baginda agak gopoh untuk menghafal ayat al-Quran yang diajarkan Jibril kepada
baginda. Dengan itu, Allah turunkan ayat:
{لاَ تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ} [القيامة: 16]
Ibn Hajar menyokong kupasan al-Hasan ini, kerana
melihat kepada riwayat al-Tarmizi yang matan hadisnya menyebut;
يُحَرِّكْ بِهِ
لِسَانَهُ يُرِيدُ أَنْ يَحْفَظَهُ
“Baginda menggerakkan lidahnya kerana dia mahu
menghafal”
Dalam riwayat al-Nasaie pula;
يَعْجَلْ
بِقِرَاءَتِهِ لِيَحْفَظَهُ
“Baginda gopoh membacanya kerana baginda mahu
menghafalnya”
Dalam riwayat Ibn Abi Hatim pula:
يَتَلَقَّى
أَوَّلَهُ وَيُحَرِّكْ بِهِ شَفَتَيْهِ خَشْيَةَ أَنْ يَنْسَى أَوَّلَهُ قَبْلَ
أَنْ يَفْرَغَ مِنْ آخِرِهِ
Baginda membaca yang awalnya dan menggerakan dua
bibirnya kerana bimbang dia lupa yang bahagian awal sebelum dia selesaikan
bahagian akhirnya”
[3] Setelah nabi saw dipesan agar tidak gopoh membaca
al-Quran, Allah telah memberikan jaminan bahawa al-Quran itu dihimpun dalam dada
Nabi saw sehingga Nabi saw dapat membacanya dengan baik.
Apabila al-Quran sudah sebati dalam dada nabi saw,
Jibril akan datang dan mengajar al-Quran kepada Nabi saw secara bertertib,
iaitu Jibril membaca terlebih dahulu dan Nabi saw mendengar serta mengambil
perhatian, kemudian nabi saw akan membacanya pula dengan baik.
[4] Amalan belajar al-Quran sebegini, turut menjadi
ikutan ibn Abbas dari nabi, bahkan ibn Abbas lakukan juga dengan muridnya,
iaitu Sa’ad bin Jubair.
|
HUBUNGAN
HADIS |
Dalam
hadis ke-4, dijelaskan bahawa Nabi saw berjumpa dengan Jibril dengan rupanya
yang sebenar; iaitu dengan Jibril duduk pada kursi antara langit dan bumi.
Kemudian, Nabi saw diturunkan surah al-Muddasir.
Dalam
hadis ke-5 yang ini pula, dijelaskan bahawa Nabi saw belajar al-Quran dengan
Jibril secara MUSYAFAHAH.
|
PENGAJARAN |
[1]
MURSAL SAHABI
Dalam hadis ini, Ibn Abbas menceritakan turunya surah
al-Qiyamah. Ulama sepakat bahawa Surah al-Qiyamah diturunkan di mekah, sedangkan
semasa Nabi saw berhijrah, umur Ibn Abbas baru 3 tahun.
Hal ini sudah pasti tidak munasabah jika dikatakan
bahawa Ibn Abbas ada dalam kejadian turun surah ini kepada Nabi. Apatah lagi,
Ibn Abbas memeluk islam dalam tahun ke-7 hingga 8 hijrah dan pada tahun itu
juga, dia berhijrah ke Madinah.
Justeru, kemungkinan hadis ini adalah MURSAL SAHABI;
iaitu, IBN ABBAS mendengar hadis dari sahabat-sahabat yang lain—yang ada ketika
kejadian ini berlaku.
[2]
TIDAK GOPOH SEMASA MEMBACA AL-QURAN
Salah
satu adab dalam membaca al-Quran adalah membacanya dengan tidak gopoh serta
dibaca dengan bacaan yang jelas sebutannya.
[3]
MUSYAFAHAH BELAJAR QURAN
Belajar al-Quran dengan cara MUSYAFAHAH, iaitu
mendengar dan melihat sendiri cara bacaan dan cara sebutannya dengan terus dari
mulut guru.
Dalam hadis ini, dipamerkan dua:
A.
Ibn Abbas yang membacanya sepertimana yang dia lihat
Nabi saw baca.
فَقَالَ ابْنُ
عَبَّاسٍ: فَأَنَا أُحَرِّكُهُمَا لَكُمْ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَرِّكُهُمَا،
B.
SA’ID
BIN JUBAIR yang belajar al-Quran dari Ibn Abbas;
وَقَالَ
سَعِيدٌ: أَنَا أُحَرِّكُهُمَا كَمَا رَأَيْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ يُحَرِّكُهُمَا،
فَحَرَّكَ شَفَتَيْه
[4] KONSEP MA’SUM BACAAN AL-QURAN
Dalam hadis ini, dibawakan satu firman Allah yang
berbunyi;
{لاَ تُحَرِّكْ
بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ} [القيامة:
17] قَالَ: جَمْعُهُ لَكَ فِي صَدْرِكَ وَتَقْرَأَهُ: {فَإِذَا قَرَأْنَاهُ
فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ} [القيامة: 18] قَالَ: فَاسْتَمِعْ لَهُ وَأَنْصِتْ: {ثُمَّ
إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ} [القيامة: 19] ] ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا أَنْ
تَقْرَأَهُ
Ini menjadi dalil bahawa al-Quran itu adalah dijaga
oleh Allah terhadap Nabi Muhammad saw sehingga;
A.
Al-Quran itu benar-benar sebati dalam hati nabi saw.
(ayat 17 Surah al-Qiyamah)
B.
Setiap bacaan Nabi saw terhadap al-Quran mendapat
bimbingan dari Allah. (ayat 19 Surah al-Qiyamah).
Justeru, sebarang silap dan salah tidak berlaku pada
bacaan al-Quran yang dibaca oleh Nabi saw kerana ia mendapat bimbingan terus
dari Allah.
[5] NABI BACA AL-QURAN DENGAN PROSES BELAJAR
Al-Quran itu sudah sebati dalam hati Nabi Muhammad
saw. Hal ini dilihat pada ayat 17, surah al-Qiyamah:
إِنَّ عَلَيْنا
جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ (17)
Bacaan Nabi saw terhadap al-Quran itu adalah melalui
proses belajar Nabi dengan Jibril:
فَإِذا
قَرَأْناهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ (18) – القيامة
Dalam komentar Imam Fakruddin al-Razi, dinukilkan perkataan Ibn Abbas
yang berkata:
قَالَ ابْنُ
عَبَّاسٍ: فَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا نَزَلَ عَلَيْهِ
جِبْرِيلُ بَعْدَ هَذِهِ الْآيَةِ أَطْرَقَ واستمع فإذا ذهب قرأه. – المفاتيح, ج
30, ص 728
“Apabila Jibril turun kepada Nabi saw selepas ayat ini, nabi saw
ikuti dan mengambil perhatian (terhadap bacaan Jibril). Apabila Jibril pergi,
nabi saw membacanya (sendirian pula—ulangkaji)
Berkenaan bacaan al-Quran Nabi dengan Jibril, dilihat
dalam hadis ke-6.
|
BIOGRAFI
PERAWI |
[5]
MUSA BIN ISMAIL (223H)
مُوسَى بْنُ
إِسْمَاعِيلَ
Dia digelar dengan panggilan ABU SALAMAH AL-MUNGQIRI
AL-BASARI AL-TABUZKI.
Dia adalah guru Imam al-Bukhari dan Abu Daud, serta Rijal Imam
Muslim, Imam al-Nasaie dan Imam Ibn Majah.
Dia dilahirkan di awal pemerintahan Khalifah Abu Ja’afar
al-Mansur. Beliau tinggal dan meninggal dunia di Basrah dan pernah sampai di
mesir sehingga Ibn Hajar al-Asqalani dalam al-Fath menyatakan bahawa dia salah
seorang penghafaz hadis di Mesir.
Hatim bin al-Lais al-Jawhari ada menyebut bahawa rambut dan
janggutnya sentiasa kelihatan merah, kerana beliau selalu inaikan.
[4] ABU ‘AWANAH (176H)
أَبُو
عَوَانَةَ
Nama sebenarnya adalah AL-WADDAH BIN ABDULLAH AL-YASYKURI
AL-WASITI. Seorang ulama Basrah dari kalangan Atba’ al-Tabiin. Dia dilahirkan
di Jurjan dan meninggal dunia di Basrah.
Menurut Abu Hatim dan Ahmad, dia dipercayai dalam periwayatan
secara berkitab, tetapi banyak membuat silap jika riwayatkan hadis secara
hafazan.
Ibn Madini menyatakan, hadis-hadis riwayatnya yang dia ambil dari
Qatadah bersifat LAYYIN, kerana catatan hadisnya yang dia ambil dari QATADAH
telah hilang. Justeru, sebarang hadis yang dia ambil dari Qatadah, Ibn Ma’in
anggap sebagai doif.
Menurut Ibn Ma’in bahawa Abu ‘Awanah boleh membaca, tetapi tidak
boleh menulis. Semua catatannya itu adalah dia minta bantuan orang untuk
menulisnya.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah serta seorang perawi yang
siqah lagi sahih
[3] MUSA BIN ABI AISYAH AL-HAMDANI
مُوسَى بْنُ
أَبِي عَائِشَةَ الهمداني
Dia digelar dengan panggilan ABU AL-HASAN AL-KUFI. Ibn
Hajar al-‘Asqalani kata, tidak diketahui nama sebenar ayahnya.
Dia dilahirkan di HAMDAN (IRAN), dan meninggal dunia
di Kufah.
Dia terkenal dengan ahli ibadat, sehinggakan Ahmad bin
Hanbal pernah menukilkan perkataan jirannya yang bernama AMRU BIN QAIS berkata:
Aku tidak angkat kepalaku kecuali aku akan nampak dia menunaikan solat di bumbung
rumahnya.
Dia
adalah rijal al-Kutub al-Sittah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.
[2] SA’ID BIN JUBAIR (46H-95H)
سَعِيدُ بْنُ
جُبَيْرٍ
Tabiin ini berasal dari kufah dan pernah sampai di
mekah. Dia meninggal dunia di Wasit (Iraq).
Dia digelar dengan panggilan ABU ABDULLAH AL-ASADI AL-WALIBI
AL-KUFI. Terkenal dengan faqih, ahli ibadat serta warak.
Dia sempat menuntut ilmu dari beberapa orang sahabat,
antaranya adalah Ibn Abbas, Ibn Umar dan Aisyah di Madinah, lalu menyebarkan
ilmu di Kufah.
Dia dibunuh oleh al-Hajjaj bin Yusuf al-Saqafi kerana
terlibat bersama ABDUL RAHMAN BIN AL-ASY’AS yang merupakan ketua tentera Umawi
dalam revolusi melawan Bani Umawi.
Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi
siqah lagi sahih.
[1] ABDULLAH BIN
ABBAS (3SH-68H)
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ
Salah seorang sahabat
Nabi yang terkenal, iaitu Abdullah bin Abbas atau sering diringkaskan dengan
disebut Ibn Abbas.
Beliau adalah
sepupu Nabi saw, iaitu bapanya adalah bapa saudara nabi saw yang bernama
al-Abbas bin Abdul Muttalib.
Beliau dilahirkan
di Mekah 3 tahun sebelum Nabi Hijrah ke Madinah.
Dia memeluk islam
ketika dalam lingkungan tahun 7 hingga 8 hijrah, iaitu ketika hampir dengan
sejarah pembukaan kota Mekah yang semasa sejarah itu tercetus, dia berada di
Mekah.
Tidak lama dari
itu, dia berhijrah ke Madinah bersama dengan bapanya.
Semasa perang Jamal
(36H) dan Siffin (37H), dia bersama Saidina Ali.
Dia meninggal dunia
pada tahun 68H di Taif.
Beliau terkenal
dengan pakar dalam bidang Fiqh, Tafsir, Firasat dan petah dalam berdebat ekoran
keberkatan Doa nabi saw kepadanya. Dalam hadis—daripada Ibn Abbas berkata:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: كُنْتُ فِي بَيْتِ مَيْمُونَةَ ابْنَةِ
الْحَارِثِ فَوَضَعْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
طَهُورَهُ فَقَالَ: مَنْ وَضَعَ هَذَا؟، فَقَالَتْ مَيْمُونَةُ: عَبْدُ اللَّهِ،
فَقَالَ: اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
“Aku berada di
rumah Maimunah binti al-Haris (ibu saudaranya yang juga isteri nabi). Aku
letakkan satu bekas air untuk Rasulullah bersuci. Nabi saw bertanya: siapa yang
meletakkan ini? Maimunah menjawab: Abdullah (ibn Abbas). Nabi pun berdoa: Ya
Allah, berilah kefahaman mendalam kepada dia (Ibn Abbas) berkenaan agama, dan
ajarkanlah kepadanya ta’wil” (Ibn Abi Syaibah, hadis no: 32223)