Wednesday, August 17, 2022

HADIS 6

 

HADIS 6

 

حَدَّثَنَا عَبْدَانُ، قَالَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ: أَخْبَرَنَا يُونُسُ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، ح وحَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُاللَّهِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا يُونُسُ، وَمَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، نَحْوَهُ قَالَ: أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ القُرْآنَ، فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ المُرْسَلَةِ»

Daripada Ibnu Abbas berkata, bahawa Rasulullah saw adalah manusia yang paling baik terutama pada bulan Ramadan. Ketika malaikat Jibril menemui baginda, dan adalah Jibril mendatangi baginda setiap malam di bulan Ramadan, dimana Jibril mengajarkan Al-Qur'an. Sungguh Rasulullah saw jauh lebih baik (lembut) daripada angin yang berhembus”

  

PENJELASAN SANAD

 

[1] Hadis ini, AL-BUKHARI ambil dari dua orang guru:

(a)                  Abdan

(b)                  Bisyr bin Muhammad

 

[2] Dalam sanad ini, yang ambil hadis dari al-Zuhri adalah dua orang:

a.                  Yunus.

b.                  Ma’mar.

 

Ibn Hajar al-Asqalani kata, perbezaan antara dua ini adalah Yunus riwayatkan hadis ini secara lafaz, sedangkan Ma’mar riwayatkan secara makna.

 

PENJELASAN MATAN HADIS

 

[1] Hadis ini menjelaskan berkenaan sikap dan cara Nabi saw berkomunikasi dengan manusia. Komunikasi itu yang amat baik sehingga Ibn Abbas gambarkan sepertimana tiupan angin untuk menggambarkan kelembutan dan kesopanan nabi dalam berkomunikasi.  Turut dijelaskan cara komunikasi Nabi dengan Jibril.

 

[2] Dijelaskan juga bahawa Nabi saw di bulan Ramadan selalu bertadarus al-Quran bersama Jibril, bahkan pada setiap malam.

 

[3] Hadis ini adalah penilaian yang dibuat oleh Ibn Abbas yang bergaul dan berkomunikasi dengan Nabi saw.

 

Ibn Abbas bergaul dengan Nabi tidak lama, iaitu selama lebih kurang 3 tahun sahaja. Hal ini kerana, dia memeluk islam pada tahun 7 hijrah dan berpindah dari mekah ke Madinah pada tahun 8 hijrah, sedangkan nabi wafat pada tahun 11 hijrah.

 

Walaubagaimana pun, Ibn Abbas ada memberitahu bahawa Rasulullah bertadarus al-Quran dengan Jibril. Persoalannya, bagaimana dia boleh tahu?

 

Dengan ini, kemungkinan penilaian dia tersebut bercampur antara pengalaman dia bergaul dengan nabi serta dia diberitahu oleh Nabi berkenaan nabi berkomunikasi dengan Jibril itu.

 

Oleh yang demikian, hadis ini boleh dianggap sebagai hadis marfu’ secara lafaz, tetapi mawquf secara makna.

 

PENGAJARAN

 

[1] BERSIKAP KEPEMURAHAN

 

Dalam matan, digunakan perkataan الجود yang sama akar kata bagi perkataan جيد, iaitu baik dan bagus atau kepemurahan. Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, ia salah satu dari sifat-sifat mahmudah.

 

Dari sudut makna, Ibn hajar kata:

 

الْجُودُ فِي الشَّرْعِ إِعْطَاءُ مَا يَنْبَغِي لِمَنْ يَنْبَغِي

“bagus dalam makna syarak adalah memberikan sesuatu yang sepatutnya kepada orang yang selayaknya”

 

Justeru, boleh disimpulkan bahawa makna الجود diterjemah sebagai bagus, yang boleh juga diterjemah sebagai kepemurahan. Dari sudut makna, kepemurahan dalam perkataan الجود adalah;

(a)                             Memberi sesuatu yang tidak berharapkan kepada balasan.

(b)                             Memberi keperluan kepada orang yang memerlukan sehingga cukup dengan keperluannya, bahkan kadangkala melebihi daripada kadar keperluan. (Asri:1/167)

 

[2] KELEBIHAN BERTINDAK KEPEMURAHAN

 

Dalam hadis—daripada Talhah bin Abdillah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

 

«إِنَّ اللَّهَ جَوَادٌ يُحِبُّ الْجَوَادَ، وَيُحِبُّ مَعَالِيَ الْأَخْلَاقِ وَيَكْرَهُ سَفْسَافَهَا»

“Allah swt itu amat baik, dan dia suka kepada orang bagus. Allah suka orang yang ada ketinggian akhlak dan benci kerendahan akhlak” (ibn Abi Syaibah, hadis no: 26617[1])

 

Dalam hadis—daripada Anas berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:

 

"أَلَا أُخْبِرُكُمْ عَنِ الْأَجْوَدِ الْأَجْوَدِ؟: اللَّهُ الْأَجْوَدُ الْأَجْوَدُ، وَأَنَا أَجْوَدُ وَلَدِ آدَمَ ، وَأَجْوَدُهُمْ مِنْ بَعْدِي رَجُلٌ عَلِمَ عِلْمًا فَنَشَرَ عِلْمَهُ يُبْعَثُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمَةً وَاحِدَةً، وَرَجُلٌ جَادَ بِنَفْسِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَتَّى يُقْتَلَ"

Apakah mahu aku bagitahu kepada kamu berkenaan sebaik-baik amalan yang bagus? Allah adalah sebaik-baik bagus, dan aku adalah manusia yang paling baik dari kalangan anak adam. Orang yang paling baik selepasku adalah lelaki yang ada ilmu, lalu dia sebarkan ilmunya—dia akan dibangkitkan hari kiamat nanti sebagai satu umat; begitujuga orang yang baik pada dirinya di jalan Allah sehingga dia dibunuh” (Musnad Abi Ya’la al-Musili, hadis no: 2790[2])

 

[3] KENAPA NABI GANDAKAN KEPEMURAHAN BULAN RAMADAN

 

Kepemurahan nabi semakin bertambah pada bulan Ramadhan kerana;

 

(a)                            Pada bulan Ramadhan, Allah bersifat murah dengan melipatgandakan pahala kepada orang yang beribadat pada bulan tersebut.

 

(b)                            nabi bersyukur kerana kerap berjumpa dengan jibril.

 

(c)                             al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan. Justeru, bersempena dengan bulan Al-Quran, nabi menambahkan amal ibadat yang diajar oleh Al-Quran.

 

[4] BANYAKKAN TADARUS AL-QURAN DAN BERZIKIR

 

Bulan Ramadan diturunkan al-Quran. Dengan sebab itu, tadarus al-Quran berlaku dalam bulan Ramadan, kerana ia lebih selaras dan keseragaman dengan masa.

 

Dalam erti kata lain, Nabi saw melakukan tindakan tadarus al-Quran bersama Jibril di bulan Ramadan itu adalah sesuatu yang tepat dengan konteksnya.

 

Apatah lagi, tujuan tadarus al-Quran adalah boleh perbetulkan TAJWID; untuk memastikan setiap bacaan kita benar dan tepat.

 

[5] BANYAK BERZIKIR

 

Zikir bermaksud mengingati Allah. Andai Nabi saw banyak tadarus al-Quran di bulan Ramadan, bermakna di bulan Ramadan adalah amat digalakkan berzikir.

 

Hal ini kerana, al-Quran adalah sebaik-baik zikir. Kata ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari:

 

وَاسْتِحْبَابُ الْإِكْثَارِ مِنَ الْقِرَاءَةِ فِي رَمَضَانَ وَكَوْنُهَا أَفْضَلَ مِنْ سَائِرِ الْأَذْكَارِ

“Digalakkan perbanyakkan membaca al-Quran dalam Ramadan. Membaca al-Quran itu adalah seafdhal-afdhal zikir berbanding seluruh zikir”

 

[6] AL-QURAN ADALAH ZIKIR YANG TERBAIK

 

Dalam hadis, dijelaskan bahawa Jibril turun kepada Nabi dan membaca al-Quran.

 

Dalam pada Ibn Hajar kata, al-Quran itu adalah zikir, dan hadis pula menjelaskan bahawa Jibril turun tadarus al-Quran dengan nabi; ia menjadi dalil bahawa zikir yang terbaik adalah al-Quran

 

[7] KELEBIHAN MALAM BERBANDING SIANG

 

Dalam hadis, dijelaskan bahawa Jibril turun bertadarus al-Quran bersama nabi pada waktu malam. Hal ini kerana, waktu malam mempunyai kelebihannya tersendiri.

 

(a)                Nabi Isra’ dan Mikraj pada waktu malam.

 

(b)                Dalam hadis bahawa Nabi saw menyebut jalan ke syurga adalah solat di kala orang tidur yang sinonim pada waktu malam. Dalam hadis—daripada Abdullah bin Salam berkata:

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَلَامٍ، قَالَ: لَمَّا قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المَدِينَةَ انْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ، وَقِيلَ: قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ، فَلَمَّا اسْتَبَنْتُ وَجْهَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهِ كَذَّابٍ وَكَانَ أَوَّلُ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ: «يَا أَيُّهَا النَّاسُ، أَفْشُوا السَّلَامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُونَ الجَنَّةَ بِسَلَامٍ»

Ketika Nabi saw sampai Madinah, manusia berkerumun kepada Baginda. (ada kata: orang datang nak melihat Nabi). Ketika aku nampak secara jelas wajah nabi, aku tahu bahawa wajahnya bukan wajah seorang pendusta. Perkara pertama yang baginda bercakap: Wahai Manusia, sebarkan salah, buatlah makan, hubungkan silatu Rahim dan solatlah ketika manusia sedang tidur; kamu akan masuk syurga dengan sejahtera.

 

(c)                Ibn Rajab al-Hanbali ada sebut bahawa ulamak-ulamak kufah, mereka selalu berbincangkan hal ilmu pada waktu malam sehingga subuh

 

[8] GALAKKAN BULAN RAMADAN BERGAUL DENGAN ORANG SOLEH DAN AHLI KEBAIKAN

 

Hadis ini menyebut bahawa nabi saw bertadarus dengan Jibril di bulan Ramadan pada setiap malam.

 

Secara tersirat, hadis ini mengandungi maksud bahawa digalakan kepada kita bergaul dengan orang soleh dan ahli kebaikan dalam bulan Ramadan.

 

[9] HIKMAH NABI TADARUS QURAN DENGAN JIBRIL

 

Nabi saw bertadarus al-Quran bersama Jibril, antara hikmah yang boleh diambil adalah;

 

(a)                      Nabi dapat belajar dengan jibril cara membaca Al Quran dengan betul.

 

(b)                      Nabi dapat mengetahui tertib ayat al-quran, kerana al-quran diturunkan peringkat demi peringkat dan tidak mengikut tertib yang terdapat seperti di dalam mashaf.

 

BIOGRAFI PERAWI

 

JALUR SANAD DARI GURU IMAM AL-BUKHARI PERTAMA:

 

[6] ABDAN ABDULLAH BIN OSMAN AL-MARUZI (145H-221H)

عَبْدَانُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُثْمَانَ الْمَرْوَزِيُّ

 

Nama sebenarnya adalah ABU ABDUL RAHMAN ABDULLAH BIN OSMAN BIN JABLAH BIN ABI RAWWAD AL-AZDI AL-‘ITQI AL-MARUZI. Namun, dia lebih dikenali dengan panggilan ‘ABDAN.

 

Dia pernah menjawat jawatan Qadhi di Jurjan (salah satu tempat di Afghanistan).

 

Dia adalah Rijal al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi dan al-nasaie. Namanya tidak dijumpai dalam riwayat Ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

[5] ABDULLAH BIN AL-MUBARAK BIN WADIH AL-HANZALI AL-MARUZI (118H-181H)

عبد الله ابْنِ الْمُبَارَكِ بن واضح الحنظلي المروزي

 

 

Seorang ulama terkenal dalam banyak tradisi ilmu, terutama dalam bidang ilmu hadis.

 

Dia berasal dari Kota Moro yang kini berada dalam wilayah Turkmenistan, dan meninggal di Hit, Iraq.

 

Menurut Abdul Rahman bin Abi Hatim:

 

سمعت أبي يقول: كان ابن المبارك ربع الدنيا بالرحلة في طلب الحديث، لم يدع اليمن ولا مصر ولا الشام ولا الجزيرة والبصرة ولا الكوفة

Aku dengar bapaku berkata: Ibn al-Mubarak mencari ilmu sehingga menjelajah satu perempat dunia. Dia tidak tinggal yaman, mesir, syam, jazirah, basrah dan kufah

 

 Dia adalah murid kepada Imam Abu Hanifah dan imam Malik serta Rijal kutub al-Sittah. Dia seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[4] YUNUS BIN YAZID BIN BIN MISYKAN BIN ABI AL-NAJAD AL-AYLI ABU YAZID AL-UMAWI (159H)

  يُونُسُ بن يزيد بن مشكان بن ابي النجاد الأيلي ابو يزيد الأموي

 

Ulama mesir ini adalah orang yang banyak meriwayatkan hadis dari IBN SYIHAB AL-ZUHRI. Dia adalah seorang tabiiin besar yang tinggal di AILAH, Jordan dan meninggal dunia di Mesir.

 

Secara dasar, ramai ulama memuji dia dan menganggap dia siqah dan sahih serta boleh dibuat hujah.

 

Namun, ada beberapa kritikan terhadapnya, iaitu Ahmad bin Hanbal pernah menyatakan bahawa dia banyak buat silap dalam riwayat hadis yang dia ambil dari al-Zuhri, bahkan ada ketika Imam Ahmad kata dia Mungkar.

 

Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia ada sedikit waham apabila dia riwayat dari al-Zuhri. Tetapi, jika dia riwayatkan hadis dari selain Zuhri, itu berlaku kesalahan.

 

Dalam pada Ahmad bin Hanbal dan al-Asqalani kritik, tetapi mereka tetap akui bahawa dia siqah.

 

Walaubagaimana pun, Imam Waki’ bin al-Jarrah menyatakan bahawa hafalannya buruk. Hal ini diakui juga oleh Ibn Hajar al-Asqalani.

 

Dia adalah rijal kutub al-Sittah.

 

[3] MUHAMMAD BIN MUSLIM BIN UBAIDILLAH BIN ABDILLAH AL-AKBAR BIN SYIHAB AL-QURASHI AL-ZUHRI (53H-124H)

محمد بن مسلم بن عبيد الله بن عبد الله الأكبر بن شهاب القرشي الزُّهْرِيِّ

 

Salah seorang ulama hadis yang terkenal dalam kitab-kitab hadis. Beliau merupakan rijal kutub al-Sittah.

 

Dalam kitab-kitab hadis, kadangkala disebut dengan Ibn Syihab dan kadangkala disebut dengan al-Zuhri.

 

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani bahawa beliau adalah ulama yang mula-mula sekali menghimpunkan hadis atas perintah dari Umar bin Abdul Aziz. Al-Imam al-Sayuti menyatakan bahawa Imam Malik juga mengakui perkara yang sama.

 

Ulama Tarikh berbeza pendapat dalam hal Tarikh lahir dan Tarikh meninggal Ibn Syihab ini. Ada yang mengatakan bahawa dia lahir tahun 49H dan meninggal pada tahun 124 hijrah.

 

Ada pendapat menjelaskan, untuk mengetahui ketepatan Tarikh lahirnya adalah melihat Tarikh kematian Saidatina Aisyah; yang mana, dia dilahirkan di tahun Aisyah meninggal dunia.

 

Dia dilahirkan di Madinah dan meninggal dunia di Syaghab, iaitu satu kawasan dalam Saudi pada hari ini. Dia pernah sampai ke Syam.

 

Dia pernah berkata bahawa dia belajar dengan Sa’id bin Musayyib selama 8 tahun dengan bertemu lutut dan lutut.

 

Dia terkenal dengan hafalan dan ingatan yang kuat. Ada dakwaan mengatakan bahawa dia tidak suka makan epal dan amat suka minum madu dengan alasan epal boleh melemahkan hafalan sedangkan madu dapat menguatkan hafalan.

 

JALUR SANAD DARI GURU IMAM AL-BUKHARI KE-2:

 

[6] BISYR BIN MUHAMMAD (224H)

بِشْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ

 

Namanya adalah ABU MUHAMMAD BISYR BIN MUHAMMAD AL-SAKHTIYANI AL-MARUZI.

 

Digelar sebagai SAKHTIYANI kerana kerjanya adalah menjual barang kulit.

 

Abu hatim kata, dia seorang penganut fahaman Murjiah. Al-Asqalani pula kata, dia soduq serta  dituduh sebagai Murjiah.

 

Namanya hanya ada dalam sahih al-Bukhari sahaja. Dalam sunan lain tidak terdapat namanya.

 

[5] ABDULLAH BIN AL-MUBARAK

عَبْدُ اللَّهِ بن الْمُبَارك

 

Rujuk di atas

 

[4] YUNUS BIN YAZID AL-AYLIY

 يُونُسُ بن يَزِيدَ الْأَيْلِيُّ

 

Rujuk di atas.

 

[4] MA’MAR BIN RASHID AL-AZDI (95H-153H)

أَبُو عُرْوَةَ مَعْمَرٌ بن راشد الأزدي

 

 

Dia dilahirkan di Basrah dan berhijrah ke San’a, Yaman dan berkahwin dengan perempuan Yaman bernama Halimah dan meninggal dunia di situ.

 

Dia hadir semasa al-Hasan al-basri meninggal dunia. Dikatakan, itulah titik permulaan kesedaran dia mahu belajar agama. Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[3] AL-ZUHRI

الزُّهْرِيِّ

 

Rujuk di atas

 

[2] UBAIDULLAH BIN ABDILLAH BIN UTBAH BIN MAS’UD AL-HAZLI (98H)

عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ الهذلي

 

Ulama Madinah ini salah seorang dari kalangan Tabiin dan guru kepada Umar bin Abdul Aziz. Dia adalah adik beradik kepada seorang lagi ulama hadis yang bernama AUN BIN ABDULLAH BIN UTBAH.

 

Atuknya bernama UTBAH BIN MAS’UD adalah sahabat nabi yang merupakan ketua bagi Bani Zahrah. Atuknya ini adalah adik beradik dengan ABDULLAH BIN MAS’UD yang merupakan sahabat Nabi yang terkenal.

 

Dia salah seorang dari kalangan al-Fuqaha’ al-Sab’ah (tujuh orang ahli fiqh Madinah yang menjadi rujukan pada Tabiin).

 

Dia meninggal pada tahun 98 hijrah (ada kata: 99H). Sebelum dia meninggal, dia ditimpa sakit mata sehingga hilang penglihatannya.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[1] SAHABAT: ABDULLAH BIN ABBAS (3SH-68H)

عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ

 

Salah seorang sahabat Nabi yang terkenal, iaitu Abdullah bin Abbas atau sering diringkaskan dengan disebut Ibn Abbas.

 

Beliau adalah sepupu Nabi saw, iaitu bapanya adalah bapa saudara nabi saw yang bernama al-Abbas bin Abdul Muttalib.

 

Beliau dilahirkan di Mekah 3 tahun sebelum Nabi Hijrah ke Madinah.

 

Dia memeluk islam ketika dalam lingkungan tahun 7 hingga 8 hijrah, iaitu ketika hampir dengan sejarah pembukaan kota Mekah yang semasa sejarah itu tercetus, dia berada di Mekah.

 

Tidak lama dari itu, dia berhijrah ke Madinah bersama dengan bapanya.

 

Semasa perang Jamal (36H) dan Siffin (37H), dia bersama Saidina Ali.

 

Dia meninggal dunia pada tahun 68H di Taif.

 

Beliau terkenal dengan pakar dalam bidang Fiqh, Tafsir, Firasat dan petah dalam berdebat ekoran keberkatan Doa nabi saw kepadanya. Dalam hadis—daripada Ibn Abbas berkata:

 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: كُنْتُ فِي بَيْتِ مَيْمُونَةَ ابْنَةِ الْحَارِثِ فَوَضَعْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَهُورَهُ فَقَالَ: «مَنْ وَضَعَ هَذَا؟» ، فَقَالَتْ مَيْمُونَةُ: عَبْدُ اللَّهِ، فَقَالَ: اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ

“Aku berada di rumah Maimunah binti al-Haris (ibu saudaranya yang juga isteri nabi). Aku letakkan satu bekas air untuk Rasulullah bersuci. Nabi saw bertanya: siapa yang meletakkan ini? Maimunah menjawab: Abdullah (ibn Abbas). Nabi pun berdoa: Ya Allah, berilah kefahaman mendalam kepada dia (Ibn Abbas) berkenaan agama, dan ajarkanlah kepadanya ta’wil” (Ibn Abi Syaibah, hadis no: 32223)

 



[1] Sanad hadis:

حَدَّثَنَا أَبُو خَالِدٍ الْأَحْمَرُ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ سُحَيْمٍ، عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ كَرِيزٍ

KOMENTAR: menurut al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman:  hadis ini munqati’, kerana tidak bertemu antara SULAIMAN dan TALHAH. (hadis no: 10346(

[2] Sanad hadis:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الشَّامِيُّ الْعَبَّادَانِيُّ، حَدَّثَنَا سُوَيْدُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ، عَنْ نُوحِ بْنِ ذَكْوَانَ، عَنْ أَخِيهِ أَيُّوبَ، عَنِ الْحَسَنِ، عَنْ أَنَسٍ

KOMENTAR: perawi hadis ini banyak yang doif.

Friday, July 1, 2022

HADIS 5

 

HADIS 5

 

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ  قَالَ: حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ أَبِي عَائِشَةَ قَالَ: حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ جُبَيْر

 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ فِي قَوْلِهِ تَعَالَى: {لاَ تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ} [القيامة: 16]

Daripada Ibn Abbas berkenaan firman Allah: Janganlah engkau (wahai Muhammad), menggerakkan lidahmu membacanya kerana gopoh dengannya (al-Quran)”

 

 قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَالِجُ مِنَ التَّنْزِيلِ شِدَّةً، وَكَانَ مِمَّا يُحَرِّكُ شَفَتَيْهِ –

Berkata Ibnu 'Abbas: Rasulullah saw sangat kuat keinginannya untuk menghafalkan apa yang diturunkan (Al-Quran). Baginda selalu menggerak-gerakkan kedua bibir baginda.

 

فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: فَأَنَا أُحَرِّكُهُمَا لَكُمْ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَرِّكُهُمَا

Berkata Ibnu Abbas: "Aku akan menggerakkan kedua bibirku (untuk membaca) kepada kamu sebagaimana Rasulullah saw menggerakkan kedua-duanya (bibir)”.

 

وَقَالَ سَعِيدٌ: أَنَا أُحَرِّكُهُمَا كَمَا رَأَيْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ يُحَرِّكُهُمَا

Berkata Sa'id: "Dan aku akan menggerakkan kedua bibirku (untuk membacanya) kepada kamu sebagaimana aku melihat Ibnu Abbas menggerakkan kedua-duanya (bibir).

 

فَحَرَّكَ شَفَتَيْهِ - فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى: {لاَ تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ} [القيامة: 17] قَالَ: جَمْعُهُ لَكَ فِي صَدْرِكَ وَتَقْرَأَهُ:

Nabi saw pun menggerakkan kedua bibirnya, Kemudian turunlah firman Allah Ta'ala: Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al-Quran kerana gopoh dengannya (menguasai al-Quran). Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya". Berkata: Maksudnya Allah mengumpulkannya di dalam dadamu (untuk dihafalkan) dan kamu membacanya”.

 

{فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ} [القيامة: 18] قَالَ: فَاسْتَمِعْ لَهُ وَأَنْصِتْ: {ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ} [القيامة: 19] ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا أَنْ تَقْرَأَهُ

 (Firman Allah) "Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya itu". Berkata: maksudnya, "Dengarkanlah dan diamlah".

 

{ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ} [القيامة: 19] ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا أَنْ تَقْرَأَهُ

(firman Allah): "Kemudian, sesungguhnya atas tanggungan Kamilah penjelasannya. Berkata: maksudnya, "Dan kewajiban Kamilah untuk kamu membacakannya"

 

فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ ذَلِكَ إِذَا أَتَاهُ جِبْرِيلُ اسْتَمَعَ فَإِذَا انْطَلَقَ جِبْرِيلُ قَرَأَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا قَرَأَهُ

Rasulullah sejak saat itu, apabila Jibril datang, baginda akan mengambil perhatian. Apabila Jibril sudah pergi, maka Nabi saw membacakannya (kepada para sahabat) sebagaimana Jibril membacakannya kepada baginda.

 

PENJELASAN MATAN

 

[1] Surah al-Qiyamah diturunkan di Mekah, sedangkan Ibn Abbas masuk Islam pada tahun 7 hingga 8 Hijrah, dan dilahirkan pada tahun 3 hijrah. Dari ini dapat didapati, tidak munasabah bahawa Ibn Abbas melihat sendiri kejadian sepertimana yang diceritakan dalam hadis.

 

Justeru, kisah ini ada dua kemungkinan berikut;

A.                  Mungkin Ibn Abbas dengar cerita ini dari Nabi selepas dia berhijrah ke Madinah.

 

B.                  Mungkin juga hadis ini adalah MURSAL SAHABI, iaitu Ibn Abbas mendengar dari mana-mana sahabat Nabi yang ada pada ketika itu.

 

[2] Menurut al-Hasan, di awal al-Quran diturunkan kepada Nabi, baginda agak gopoh untuk menghafal ayat al-Quran yang diajarkan Jibril kepada baginda. Dengan itu, Allah turunkan ayat:

 

{لاَ تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ} [القيامة: 16]

 

Ibn Hajar menyokong kupasan al-Hasan ini, kerana melihat kepada riwayat al-Tarmizi yang matan hadisnya menyebut;

 

يُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَهُ يُرِيدُ أَنْ يَحْفَظَهُ

“Baginda menggerakkan lidahnya kerana dia mahu menghafal”

 

Dalam riwayat al-Nasaie pula;

 

يَعْجَلْ بِقِرَاءَتِهِ لِيَحْفَظَهُ

“Baginda gopoh membacanya kerana baginda mahu menghafalnya”

 

Dalam riwayat Ibn Abi Hatim pula:

 

يَتَلَقَّى أَوَّلَهُ وَيُحَرِّكْ بِهِ شَفَتَيْهِ خَشْيَةَ أَنْ يَنْسَى أَوَّلَهُ قَبْلَ أَنْ يَفْرَغَ مِنْ آخِرِهِ

Baginda membaca yang awalnya dan menggerakan dua bibirnya kerana bimbang dia lupa yang bahagian awal sebelum dia selesaikan bahagian akhirnya”

 

[3] Setelah nabi saw dipesan agar tidak gopoh membaca al-Quran, Allah telah memberikan jaminan bahawa al-Quran itu dihimpun dalam dada Nabi saw sehingga Nabi saw dapat membacanya dengan baik.

 

Apabila al-Quran sudah sebati dalam dada nabi saw, Jibril akan datang dan mengajar al-Quran kepada Nabi saw secara bertertib, iaitu Jibril membaca terlebih dahulu dan Nabi saw mendengar serta mengambil perhatian, kemudian nabi saw akan membacanya pula dengan baik.

 

[4] Amalan belajar al-Quran sebegini, turut menjadi ikutan ibn Abbas dari nabi, bahkan ibn Abbas lakukan juga dengan muridnya, iaitu Sa’ad bin Jubair.

 

HUBUNGAN HADIS

 

Dalam hadis ke-4, dijelaskan bahawa Nabi saw berjumpa dengan Jibril dengan rupanya yang sebenar; iaitu dengan Jibril duduk pada kursi antara langit dan bumi. Kemudian, Nabi saw diturunkan surah al-Muddasir.

 

Dalam hadis ke-5 yang ini pula, dijelaskan bahawa Nabi saw belajar al-Quran dengan Jibril secara MUSYAFAHAH.

 

PENGAJARAN

 

[1] MURSAL SAHABI

 

Dalam hadis ini, Ibn Abbas menceritakan turunya surah al-Qiyamah. Ulama sepakat bahawa Surah al-Qiyamah diturunkan di mekah, sedangkan semasa Nabi saw berhijrah, umur Ibn Abbas baru 3 tahun.

 

Hal ini sudah pasti tidak munasabah jika dikatakan bahawa Ibn Abbas ada dalam kejadian turun surah ini kepada Nabi. Apatah lagi, Ibn Abbas memeluk islam dalam tahun ke-7 hingga 8 hijrah dan pada tahun itu juga, dia berhijrah ke Madinah.

 

Justeru, kemungkinan hadis ini adalah MURSAL SAHABI; iaitu, IBN ABBAS mendengar hadis dari sahabat-sahabat yang lain—yang ada ketika kejadian ini berlaku.

 

[2] TIDAK GOPOH SEMASA MEMBACA AL-QURAN

 

Salah satu adab dalam membaca al-Quran adalah membacanya dengan tidak gopoh serta dibaca dengan bacaan yang jelas sebutannya.

 

[3] MUSYAFAHAH BELAJAR QURAN

 

Belajar al-Quran dengan cara MUSYAFAHAH, iaitu mendengar dan melihat sendiri cara bacaan dan cara sebutannya dengan terus dari mulut guru.

 

Dalam hadis ini, dipamerkan dua:

A.                  Ibn Abbas yang membacanya sepertimana yang dia lihat Nabi saw baca.

فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: فَأَنَا أُحَرِّكُهُمَا لَكُمْ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَرِّكُهُمَا،

 

B.                  SA’ID BIN JUBAIR yang belajar al-Quran dari Ibn Abbas;

وَقَالَ سَعِيدٌ: أَنَا أُحَرِّكُهُمَا كَمَا رَأَيْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ يُحَرِّكُهُمَا، فَحَرَّكَ شَفَتَيْه

 

[4] KONSEP MA’SUM BACAAN AL-QURAN

 

Dalam hadis ini, dibawakan satu firman Allah yang berbunyi;

{لاَ تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ} [القيامة: 17] قَالَ: جَمْعُهُ لَكَ فِي صَدْرِكَ وَتَقْرَأَهُ: {فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ} [القيامة: 18] قَالَ: فَاسْتَمِعْ لَهُ وَأَنْصِتْ: {ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ} [القيامة: 19] ] ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا أَنْ تَقْرَأَهُ

 

Ini menjadi dalil bahawa al-Quran itu adalah dijaga oleh Allah terhadap Nabi Muhammad saw sehingga;

A.                  Al-Quran itu benar-benar sebati dalam hati nabi saw. (ayat 17 Surah al-Qiyamah)

B.                  Setiap bacaan Nabi saw terhadap al-Quran mendapat bimbingan dari Allah. (ayat 19 Surah al-Qiyamah).

 

Justeru, sebarang silap dan salah tidak berlaku pada bacaan al-Quran yang dibaca oleh Nabi saw kerana ia mendapat bimbingan terus dari Allah.

 

[5] NABI BACA AL-QURAN DENGAN PROSES BELAJAR

 

Al-Quran itu sudah sebati dalam hati Nabi Muhammad saw. Hal ini dilihat pada ayat 17, surah al-Qiyamah:

إِنَّ عَلَيْنا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ (17)

 

Bacaan Nabi saw terhadap al-Quran itu adalah melalui proses belajar Nabi dengan Jibril:

فَإِذا قَرَأْناهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ (18) – القيامة

 

Dalam komentar Imam Fakruddin al-Razi, dinukilkan perkataan Ibn Abbas yang berkata:

 

قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: فَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا نَزَلَ عَلَيْهِ جِبْرِيلُ بَعْدَ هَذِهِ الْآيَةِ أَطْرَقَ واستمع فإذا ذهب قرأه. – المفاتيح, ج 30, ص 728

“Apabila Jibril turun kepada Nabi saw selepas ayat ini, nabi saw ikuti dan mengambil perhatian (terhadap bacaan Jibril). Apabila Jibril pergi, nabi saw membacanya (sendirian pula—ulangkaji)

 

Berkenaan bacaan al-Quran Nabi dengan Jibril, dilihat dalam hadis ke-6.

 

 

BIOGRAFI PERAWI

 

[5] MUSA BIN ISMAIL (223H)

مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ

 

Dia digelar dengan panggilan ABU SALAMAH AL-MUNGQIRI AL-BASARI AL-TABUZKI.

 

Dia adalah guru Imam al-Bukhari dan Abu Daud, serta Rijal Imam Muslim, Imam al-Nasaie dan Imam Ibn Majah.

 

Dia dilahirkan di awal pemerintahan Khalifah Abu Ja’afar al-Mansur. Beliau tinggal dan meninggal dunia di Basrah dan pernah sampai di mesir sehingga Ibn Hajar al-Asqalani dalam al-Fath menyatakan bahawa dia salah seorang penghafaz hadis di Mesir.

 

Hatim bin al-Lais al-Jawhari ada menyebut bahawa rambut dan janggutnya sentiasa kelihatan merah, kerana beliau selalu inaikan.

 

[4] ABU ‘AWANAH (176H)

أَبُو عَوَانَةَ

 

Nama sebenarnya adalah AL-WADDAH BIN ABDULLAH AL-YASYKURI AL-WASITI. Seorang ulama Basrah dari kalangan Atba’ al-Tabiin. Dia dilahirkan di Jurjan dan meninggal dunia di Basrah.

 

Menurut Abu Hatim dan Ahmad, dia dipercayai dalam periwayatan secara berkitab, tetapi banyak membuat silap jika riwayatkan hadis secara hafazan.

 

Ibn Madini menyatakan, hadis-hadis riwayatnya yang dia ambil dari Qatadah bersifat LAYYIN, kerana catatan hadisnya yang dia ambil dari QATADAH telah hilang. Justeru, sebarang hadis yang dia ambil dari Qatadah, Ibn Ma’in anggap sebagai doif.

 

Menurut Ibn Ma’in bahawa Abu ‘Awanah boleh membaca, tetapi tidak boleh menulis. Semua catatannya itu adalah dia minta bantuan orang untuk menulisnya.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah serta seorang perawi yang siqah lagi sahih

 

[3] MUSA BIN ABI AISYAH AL-HAMDANI

مُوسَى بْنُ أَبِي عَائِشَةَ الهمداني

 

Dia digelar dengan panggilan ABU AL-HASAN AL-KUFI. Ibn Hajar al-‘Asqalani kata, tidak diketahui nama sebenar ayahnya.

 

Dia dilahirkan di HAMDAN (IRAN), dan meninggal dunia di Kufah.

 

Dia terkenal dengan ahli ibadat, sehinggakan Ahmad bin Hanbal pernah menukilkan perkataan jirannya yang bernama AMRU BIN QAIS berkata: Aku tidak angkat kepalaku kecuali aku akan nampak dia menunaikan solat di bumbung rumahnya.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

[2] SA’ID BIN JUBAIR (46H-95H)

سَعِيدُ بْنُ جُبَيْرٍ

 

Tabiin ini berasal dari kufah dan pernah sampai di mekah. Dia meninggal dunia di Wasit (Iraq).

 

Dia digelar dengan panggilan ABU ABDULLAH AL-ASADI AL-WALIBI AL-KUFI. Terkenal dengan faqih, ahli ibadat serta warak.

 

Dia sempat menuntut ilmu dari beberapa orang sahabat, antaranya adalah Ibn Abbas, Ibn Umar dan Aisyah di Madinah, lalu menyebarkan ilmu di Kufah.

 

Dia dibunuh oleh al-Hajjaj bin Yusuf al-Saqafi kerana terlibat bersama ABDUL RAHMAN BIN AL-ASY’AS yang merupakan ketua tentera Umawi dalam revolusi melawan Bani Umawi.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi siqah lagi sahih.

 

[1] ABDULLAH BIN ABBAS (3SH-68H)

عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ

 

Salah seorang sahabat Nabi yang terkenal, iaitu Abdullah bin Abbas atau sering diringkaskan dengan disebut Ibn Abbas.

 

Beliau adalah sepupu Nabi saw, iaitu bapanya adalah bapa saudara nabi saw yang bernama al-Abbas bin Abdul Muttalib.

 

Beliau dilahirkan di Mekah 3 tahun sebelum Nabi Hijrah ke Madinah.

 

Dia memeluk islam ketika dalam lingkungan tahun 7 hingga 8 hijrah, iaitu ketika hampir dengan sejarah pembukaan kota Mekah yang semasa sejarah itu tercetus, dia berada di Mekah.

 

Tidak lama dari itu, dia berhijrah ke Madinah bersama dengan bapanya.

 

Semasa perang Jamal (36H) dan Siffin (37H), dia bersama Saidina Ali.

 

Dia meninggal dunia pada tahun 68H di Taif.

 

Beliau terkenal dengan pakar dalam bidang Fiqh, Tafsir, Firasat dan petah dalam berdebat ekoran keberkatan Doa nabi saw kepadanya. Dalam hadis—daripada Ibn Abbas berkata:

 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: كُنْتُ فِي بَيْتِ مَيْمُونَةَ ابْنَةِ الْحَارِثِ فَوَضَعْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَهُورَهُ فَقَالَ: مَنْ وَضَعَ هَذَا؟، فَقَالَتْ مَيْمُونَةُ: عَبْدُ اللَّهِ، فَقَالَ: اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ

“Aku berada di rumah Maimunah binti al-Haris (ibu saudaranya yang juga isteri nabi). Aku letakkan satu bekas air untuk Rasulullah bersuci. Nabi saw bertanya: siapa yang meletakkan ini? Maimunah menjawab: Abdullah (ibn Abbas). Nabi pun berdoa: Ya Allah, berilah kefahaman mendalam kepada dia (Ibn Abbas) berkenaan agama, dan ajarkanlah kepadanya ta’wil” (Ibn Abi Syaibah, hadis no: 32223)

 

HADIS 6

  HADIS 6   حَدَّثَنَا عَبْدَانُ ، قَالَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ: أَخْبَرَنَا يُونُسُ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، ح و...